Karang Gigi Akibat Merokok

Pastinya anda dah lama tahu,merokok mempunyai kesan yang buruk dan berpanjangan terhadap kesihatan mulut kita.

Fakta menunjukkan tabiat merokok akan membunuh 1 daripada 5 manusia akibat daripada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan merokok, sesetengah daripadanya adalah penyakit berbahaya [sumber: CDC].

Statistik ini tidak mencampurkan lagi jumlah kematian  daripada Perokok Kedua atau Pasif, atau lebih dikenali sebagai ‘secondhand smoker”

Perokok kedua atau pasif  adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.

Orang yang paling berisiko tinggi adalah pasangan anda dan anak-anak anda!

Mulut anda adalah kawasan paling tepat untuk melihat bagaimana merokok boleh memberi kesan buruk terhadap diri anda.

Ia adalah lokasi dimana racun daripada rokok akan terdedah secara langsung kepada lidah dan lelangit dan seterusnya memasuki ruang anggota badan kita yang lain.

Disebabkan apa yang anda sedut akan bergerak melepasi gigi dan gusi anda,ini bermakna mulut anda adalah pusat memproses nikotin - dan nikotin bukanlah satu benda yang baik.

Ia boleh merosakkan penampilan anda dengan gigi yang dikotori nikotin dan membuatkan nafas anda berbau busuk.

Anda tentunya bencikan perkara ni, betul tak?

Sebenarnya ini hanyalah kesan kepada kesihatan yang kita boleh nampak, anda masih perlu risaukan banyak perkara buruk yang akan berlaku kepada anda akibat merokok ni!

Salah satunya ialah penyakit periodontal.

Penyakit periodontal adalah gangguan yang boleh memberi kesan terhadap gusi kita.

Di dalam mulut yang sihat, gusi akan kekal utuh disekeliling dasar gigi, memberikan perlindungan kepada akar gigi.

Merokok akan menyebabkan tisu gusi menjadi gatal dan akan mengurangkan pengaliran darah kepada gusi, mengakibatkan kerosakan dan seterusnya gusi akan menjadi lemah untuk memegang gigi ditempatnya [source: Inland Empire Perio].

Merokok boleh meningkatkan risiko sebanyak 75% untuk penyakit gusi (periodontal)  dihidap oleh orang dewasa.

Jika anda merokok, anda akan mempunyai 7 kali ganda peluang untuk mendapat penyakit gusi berbanding bukan perokok [sumber: CDC].

Satu lagi masalah, walaupun anda bukan perokok tetapi terdedah kepada asap rokok, anda mungkin berisiko untuk mendapat penyakit periodontal yang berkaitan dengan rokok! [sumber: Perio.org]

Satu petunjuk yang  mudah dilihat untuk penyakit periodontal adalah gusi yang menyusut.

Gusi yang menyusut akan menyebabkan akar gigi terdedah, menyebabkannya mudah diserang oleh pereputan gigi.

Bertambah buruk lagi, gusi boleh menjadi longgar, dimana ia membentuk poket dibawah dan diantara gigi yang akan memerangkap makanan yang sedang mereput dan menyebabkan jangkitan setempat.

Sebelum ianya berlaku, akar gigi yang terdedah menyebabkannya menjadi sensitif terhadap benda panas atau sejuk dan boleh menyebabkan ketidakselesaan yang teruk.

Di saat dan ketika inilah, anda wajib untuk mengunjungi doktor gigi -- atau sekurang-kurangya melakukan perubahan terhadap diet  ( tidak memakan minuman panas atau makanan sejuk) [source: ADA].

Apabila gusi anda terus merosot, pertambahan bakteria akan menyebabkan anda mendapat nafas berbau busuk, kaviti (gigi berlubang), sakit mulut, jangkitan serta pertumbuhan plak.

Banyak orang tersalah anggap tentang plak!

Sebenarnya plak adalah berwarna keputih-putihan, lapisan nipis berlendir yang akan berkembang di permukaan gigi anda jika tidak dibersihkan.Anda boleh baca di sini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut _klik disini.

Jika plak di biarkan lama didalam mulut, ia akan menyebabkan biofilem berkembang dengan cepat.

Biofilem adalah lapisan bakteria berbahaya di atas gigi di mana ia amat degil untuk ditanggalkan walaupun anda memberusnya.

Akhirnya, plak akan mengeras menjadi tartar,lapisan yang keras seperti simen di sekeliling gusi dan di antara gigi. Sesetengah orang memangilnya karang gigi atau gigi berkerak.

Tartar boleh membuatkan keadaan bertambah teruk, menyebabkan gusi menjadi gatal, berdarah dan sakit.

Bukan itu saja!

Merokok boleh menyebabkan kehilangan tulang pada rahang mulut, keradangan kepada kelenjar air liur serta luka menjadi lambat sembuh selepas pembedahan. Perokok juga akan lebih mudah terkena kanser mulut berbanding dengan bukan perokok [source: ADA].

Namun, terdapat perkara lain yang patut dipertimbangkan. Beberapa tahun kebelakangan ini, saintis mula mengkaji hubungan di antara kesihatan mulut dan kesihatan tubuh badan kita.

Walaupun kajian masih lagi dijalankan, tetapi terdapat kemungkinan yang besar hubungan di antara kesihatan mulut yang lemah dengan jangkitan, keradangan serta masalah-masalah lain yang berlaku kepada anggota badan yang lain.

Penyakit jantung, sakit sendi (rheumatoid arthritis), jangkitan pernafasan dan sesetengah kanser mungkin berkait dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut.

Sekiranya perkaitan statistik ini betul, implikasinya terhadap perokok mungkin akan melangkau lebih jauh berbanding penyakit -penyakit yang kita ketahui selama ini.

Buang Tabiat Merokok Dan Hidup Lebih Sihat

Mengikut statistik, perokok akan meninggal dunia secara purata 14 tahun lebih awal berbanding bukan perokok!

14 tahun yang penuh berharga dengan detik-detik manis tidak akan dapat anda nikmati jika anda seorang perokok. Jauhilah rokok dan hidup pastinya kan lebih gembira dan sihat.

Jika anda betul-betul serius ingin menghilangkan karang gigi yang amat sukar ditanggalkan ini,Saya sarankan  anda menggunakan Cacon Teeth Whitener & Mouth Detox untuk mendapat hasil dalam masa 7 hari sahaja, secara semulajadi.

Klik disini jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Cacon Teeth Whitener & Mouth Detox 

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *