Cara-Cara Menjaga Kebersihan Mulut Buat Pemakai Braces

Tujuan anda memakai braces adalah untuk mendapat senyuman yang paling menawan, betul kan?

Namun ada beberapa masalah yang akan muncul bila anda memakainya.

Apabila anda memakai pendakap gigi (braces), nak bersihkannya akan jadi sukar.

Ianya tidaklah sukar untuk dilakukan jika anda mengambil langkah yang betul.

Baca kat bawah untuk tahu lebih lanjut.

Tapi tahukah anda, braces boleh meningkatkan risiko pembentukan plak  pada gigi terutama sekali di sekeliling braces anda, apabila sisa makanan terperangkap didalamnya.

Walaupun anda memberus gigi dengan kerap, ia masih belum mencukupi untuk membersihkan partikel makanan yang cukup kecil yang melekat di celah-celah gigi dan braces anda itu.

Pembentukan plak ini boleh menyebabkan masalah gigi reput!

Ubat kumur, begitu juga kekerapan memberus gigi dan flos, boleh mencegah masalah ini.

Membilas dengan ubat kumur yang bagus setiap hari boleh membantu mengeluarkan cebisan makanan yang mana flos dan berus tidak boleh mencapainya.

Namun, tidak semua ubat kumur di kedai dapat memenuhi keperluan seseorang yang memakai braces.

Anda harus tahu memilih produk penjagaan mulut yang betul dan ini termasuklah ubat kumur.

Cara Memilih Mouthwash

Memilih sebarang ubat kumur di rak kedai mungkin tak akan memberi hasil yang terbaik untuk gigi anda. Sesetengah jenama mungkin lebih baik dari jenama lain, terutamanya bila braces yang baru dipakai dan masalah yang tak pernah anda alami.

Menggunakan ubat kumur yang sesuai, boleh mengekalkan keputihan gigi serta senyuman yang sihat biar pun anda memakai braces atau tidak.

Penjagaan kesihatan mulut yang sesuai adalah sangat penting untuk menjadikan proses pemakaian braces jadi berbaloi. 

Tiada sesiapa pun yang inginkan masalah semasa proses meluruskan gigi terutama sekali bila gigi anda menjadi hilang warna dan nampak tak sihat?

Ubat kumur yang baik untuk braces mestilah boleh membilas dengan cekap tempat yang susah dicapai serta menjadikan gusi dan gigi anda menjadi bersih.

1.Ianya Mengandungi Flourida

Kebanyakan doktor gigi menyarankan ubat kumur yang mengandungi flourida.

Kehadiran flourida dan membilas setiap hari melindungi gigi anda dari pembentukan “ white decalcification lesion”. Juga dikenali sebagai lecuh putih.

Lecuh ini adalah tanda-tanda awal gigi reput.

Flourida mampu mengurangkan lecuh serta membantu meningkatkan ketahanan gigi terhadap pereputan.

2. Mengandungi Bahan Antibakteria

Jika anda menghidap gingivitis (penyakit gusi), gunakan ubat kumur yang mempunyai bahan anti bakteria.

Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol terutama sekali buat anda yang memakai braces.

Saya sentiasa mengamalkan berkumur (oil pulling) dengan Cacon® Organic Mouthwash setiap hari untuk mendapat gigi yang putih bersih serta nafas yang tidak berbau.

Ianya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan kimia tambahan.

Tambahan pula ia boleh mencapai tempat yang sukar untuk dimasuki dimana memberus dan flos sahaja tidak mampu membersihkannya, ianya sangat penting menggunakan Cacon® Organic Mouthwash sebagai rutin penjagaan mulut anda.

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut, klik je link kat bawah

Cacon Organic Mouthwash

Bagaimana Menggunakan Ubat Kumur

Bila anda hendak menggunakan ubat kumur, ianya sangat mudah.

Samada anda berkumur sebelum memberus/flos atau selepasnya, ianya tetap memberikan kesan yang sama.

Yang penting, anda berkumur.

Berkumurlah selama 30-60 saat setiap hari, dan anda boleh melihat kesannya dalam beberapa minggu.

Saya pasti kita semua inginkan senyuman yang berseri walaupun memakai braces.

Ikutilah tips di atas supaya anda memilih produk yang betul tanpa perlu membazirkan wang dan masa.

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu.


37 thoughts on “Cara-Cara Menjaga Kebersihan Mulut Buat Pemakai Braces

  1. Kita tak pakai pendakap gigi. Tapi tips jaga tu mmg implement pon. Baru la lawa bila senyum kan.. heheheh

    1. hafizkadir says:

      Ye, senyuman yang menarik boleh tingkatkan confidence level. betul tak?

  2. Sal says:

    Tq share. Info yg sgt berguna. Stuju sgt . Penjagaan dalam mulut bila guna braces mmg perlu dititikberatkan. Klu tak menyesal tak sudah.

    1. hafizkadir says:

      betul tu. kalau tak sia-sia bayar mahal-mahal untuk braces tu.

  3. Aneezah says:

    Bagus artikel ni. Sangat” bermanfaat untuk golongan yang pakai braces

    1. hafizkadir says:

      Sememangnya, dan kalau boleh kongsikan dengan rakan anda . 🙂

  4. Sang Aura says:

    thanks sharing. Alhamdulillah.. sa dari dulu memang suka berkumur ni dengan antiseptik

  5. Bella Jamal says:

    Good info tentang penjagaan kesihatan mulut. Mcm seksa je nak mkn kalau pakai braces, kena pastikan bersih lepas makan. Semua artikel menarik untuk tambah pengetahuan.

  6. Carol Lam says:

    ini informasi yang menarik. thanks untuk tips sis 😀

  7. Huda says:

    tips yang bagus untuk kita.

  8. Good info untuk orang yang pakai braces ☺

  9. Bagus tips ni. Bolehlah nanti masa anak pakai braces nanti suruh dia baca info ni

  10. Zaidalifah says:

    Bagus info ni, untuk ank saya baca dia pon nak otw pasang pendakap gigi…

    1. hafizkadir says:

      Terima kasih, cik puan. Sememangnya kena jaga betul-betul gigi especially kalau pakai braces.

  11. Marsha says:

    Walaupun tak pakai braces tips ni pun bagus untuk org yang tak pakai braces. Bagus perkongsian ni.

  12. Qbal Ramlan says:

    Tapi ada jugak orang yang pakai braces untuk bergaya. Tak paham betul budak sekarag ni. Sengsara kut pakai braces. Nak makan pun sakit. Satu masalah pulak tu. Gigi elok cantik tapi pakai braces sebab trend

  13. Ririey says:

    good articles about penjagaan gigi buat mereka yg pakai braces.

    1. Lizzy says:

      boleh la share kat semua orang. 🙂

  14. PUAN DEEBA says:

    Bagus bila ada tips ni untuk yang pakai pendakap gigi ni.. walaupun deeba xpakai tapi boleh la deeba share cara ni pada kenkawan or sedare deeba yang pakai sebab dorang ada yang memakainya.. nice tips..

    1. Lizzy says:

      thanks puan deeba.

  15. Azirahman says:

    Tips yang boleh dikongsi oleh semua. Terima kasih.

    1. Lizzy says:

      Dipersilakan untuk share.

  16. penaberkala says:

    Selalu imagine, camne orang yang pakai braces gosok gigi. Mesti susah. Takut silap haribulan, mau tertanggal. Btw, nice tips! Sangat berguna untuk semua, tak pakai braces pun boleh apply

  17. ummizarra says:

    Dulu sis pun penah pakai. 2013 baru buka. Heheheh. Agak ssh mula2 tapi lama2 ok dah. Rasa rindu pulak nak pakai. Good tips for sharing.

    1. Lizzy says:

      bolehlah share pengalaman tu kat blog.

  18. Jia Shin says:

    Thanks for sharing, will intro this to my friend wearing braces.

    1. Lizzy says:

      my pleasure. you also can add any comment about oral care anytime.

  19. Kesihatan mulut ni penting . Tak kisah la bagi pemakai braces atau pun tak pakai .

    1. Lizzy says:

      betu tu.semua orang patut jaga kebersihan mulut.

  20. Lia Hasty says:

    Penjagaan gigi untuk pemakai braces memang extra dari orang biasa. Sebab nak elakkan penyakit dan menjadi makin keruh akan datang kalau tak dijaga dengan rapi.

    1. Lizzy says:

      ye, sbb braces pon dah extrakan gigi kita 🙂

  21. Annur says:

    Kalau kena dengan dentist yg tegas, memang dia takkan setuju pasangkan braces kalau orang tu ada masalah poor oral hygiene.
    Annur pernah ikut sepupu untuk appointment nak buat braces. Dentis bagi tempoh 1 tahun untuk monitor tahap kebersihan mulut dia..kalau lulus, baru dia layak pakai braces..

    1. Lizzy says:

      Sebetulnya. sebab sis-sialah habiskan duit nak pakai braces, tapi oral hygiene tak terjaga.

  22. I memang nak pakai braces tapi ya ampun mahal kosnya, gigi bawah i tak rata tapi tengok orang pakai braces ni macam orang kaya hahahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *