7 Cara Nak Elakkan Karang Gigi

Gambar-liza-compressor-300x267
Ms Lizzy
Blogger, Serial Entrepreneur

Apa Itu Karang Gigi

Banyak orang tersalah tafsir yang menganggap plak gigi adalah sisa makanan yang melekat pada gigi.

Sebenarnya anggapan ini adalah salah!

Yang sebetulnya, ia adalah lapisan bakteria yang melekit dan tidak mempunyai warna.

Ia terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu serta di tempat yang tersembunyi seperti tampalan, korona dan celah-celah gigi.

Dikenali juga sebagai “dental biofilm”  dari segi perubatan.

Nak tahu tak, terdapat lebih dari 1,000 spesis bakteria di dalam plak gigi kita!

Malah lebih banyak spesis bakteria baru ditemui dengan peningkatan teknologi perubatan.

Antibiotik serta sistem pertahanan badan kita tak akan mampu menghapuskan bakteria ini.

Bakteria ini akan menghasilkan toksin dan seterusnya akan memasuki tisu badan kita. Sistem pertahanan badan akan mula bertindak dan menyebabkan masalah keradangan gusi bermula.

Sekiranya kita malas nak membersihkannya, kompleksiti plak serta kandungan bakteria dalam plak pastinya akan bertambah dan makin menebal.

Jadi, pastikan anda rajin-rajinlah membersihkan gig dan mulut anda untuk mengelakkan masalah yang lebih besar akan muncul.

Salah anggap kedua adalah tentang karang gigi.

Karang gigi dikenali sebagai kalkulus (tartar) dalam bahasa perubatan.

Sesetengah orang memanggilnya sebagai gigi berkerak kerana jika kita merasanya dengan lidah kita, ia terasa agak kasar seperti kerak.

Ia adalah plak yang telah mengeras yang dibiarkan tanpa dibersihkan.

Apabila karang gigi telah terbentuk, membersihkannya dengan cara memberus atau menggunakan flos akan menjadi susah malah mungkin tidak berkesan lagi.

Permukaan karang gigi yang kasar akan menyebabkan lebih banyak plak terperangkap serta terkumpul di kawasan itu.

Masalah-Masalah Yang Bakal Muncul Jika Ia Tak Dibersihkan

Anda mesti dah tahu, membersih gigi setiap hari ni penting untuk mengelakkan gigi dari menjadi kuning serta mulut berbau.

Tapi tahukah anda, ada lagi masalah besar bakal muncul jika kita malas sangat nak cuci gigi kita ni. Antaranya;

1.Periodontium (penyakit gusi)

Plak yang berkumpul boleh menyebabkan gusi mengalami keradangan dan jangkitan kuman!

Pada peringkat awal, terdapat tanda-tanda seperti kemerahan, gusi sedikit bengkak, serta berdarah. Ianya tidak menyakitkan. Ianya dikenali sebagai gingivitis

Namun jika tidak dirawat,  gingivitis boleh menjadi penyakit gusi yang lebih teruk (periodontitis), yang boleh menyebabkan gusi serta tulang penyokong gigi menjadi rosak dan seterusnya menyebabkan gigi anda luruh.

Satu lagi fakta yang anda patut tahu, jangkitan dan keradangan gusi  boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti angin ahmar (stroke), jangkitan paru-paru dan komplikasi diabetes. Gusi adalah sebahagian dari badan, jadi apa yang berlaku kepadanya boleh merebak ke bahagian badan lain kita.

2.Karies Gigi (Gigi Rosak/Berlubang)

Karies gigi adalah struktur gigi yang rosak di satu tempat pada gigi kita yang disebabkan oleh asid yang oleh bakteria dari proses penguraian gula. Lubang (kaviti) akan terbentuk pada gigi.

Karies gigi juga merupakan satu jangkitan kuman yang boleh menyebabkan mudarat pada gigi serta badan kita!

3.Halitosis (Nafas Berbau)

Plak gigi pada gigi, lidah dan permukaan mulut boleh menghasilkanbahan toksik yang mengeluarkan bau busuk, terutama sekali bila ia bercampur dengan makanan yang melekat di celah gigi atau di dalam gigi berlubang.

Nafas anda akan menjadi busuk dan menyebabkan orang sekeliling tak selesa nak bercakap dengan anda. Tentu malu bukan?

7 Cara Nak Elakkan Karang Gigi

1.Berus gigi anda 2 kali sehari selama 2 minit.

Memberus 30 saat sahaja setiap kali anda memberus gigi tidak dapat menyingkirkan plak atau mencegah karang gigi. Gunakan berus yang mempunyai bulu yang lembut dimana saiznya yang kecil akan mampu membersihkan celah-celah gigi.

Pastikan juga anda membersihkan tempat yang sukar dicapai seperti bahagian belakang gigi serta gigi geraham anda.

2.Gunakan berus Gigi Elektronik

Kajian mendapati bahawa berus gigi elektronik boleh menyingkirkan plak lebih baik dari kaedah manual.

Tidak kisahlah jenis apa yang anda gunakan, yang penting ia mendapat kelulusan dari pihak berwajib kerana ia pastinya mempunyai kualiti serta tahap keselamatan yang tinggi.

3.Gunakan Ubat Gigi Berflourida yang Mempunyai Kawalan Tartar (Tartar-Control)

Pilihlah ubat gigi berlourida yang mempunyai fungsi kawalan tartar (Tartar-Control). Flourida boleh menolong membaiki kerosakan enamel.

Sesetengah jenama mempunyai bahan yang dipanggil triclosan yang mampu melawan bakteria di dalam plak.

Saya pula suka menggunakan Cacon® Adsorptive Carbon yang diperbuat dari karbon teraktif semulajadi. Ia mempunyai ciri yang menarik dimana ia mampu menarik keluar kerak gigi serta bakteria.

4.Flos Gigi Anda

Tak kiralah sebagus mana anda memberus gigi, flos adalah satu-satunya cara yang boleh menyingkirkan plak di antara gigi anda serta membuang keluar tartar dari tempat yang sukar untuk dicapai.

5.Bilas Setiap Hari

Gunakan ubat kumur antiseptik untuk membunuh bakteria penyebab plak.

Bagi saya pula, lebih selesa berkumur dengan Cacon® Mouth Detox yang mengandungi lebih 85% Asid Laurik & Triglyceride yang mampu menyingkirkan bakteria didalam mulut. Ianya tidak mengandungi alkohol serta bahan kimia tambahan.

6.Jaga Diet Anda

Bakteria di dalam mulut anda akan sentiasa laparkan makanan bergula dan berkanji. Bila ia terdedah kepada makanan ini, mereka akan membebaskan asid berbahaya.

Cubalah memakan makanan yang sihat dan hadkan makanan bergula.

Berus dan amalkan meminum banyak air semasa dan selepas makan.

7.Jangan Merokok

Kajian mendapati bahawa orang yang merokok akan mudah mendapat gigi yang berkerak /karang gigi (tartar)

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *