5 Perkara Yang Anda Patut Lakukan Jika Gusi Berdarah

Pernah tak semasa memberus gigi anda melihat warna kemerahan-merahan pada buih ubat gigi yang diludah keluar. Anda juga mungkin pernah melihat sedikit darah melekat di flos gigi anda.

Anda mungkin tak kisah kerana darah yang keluar itu tidak banyak, tetapi awas, jika anda sentiasa melihat gusi anda berdarah, saya nasihatkan supaya anda mengambil berat tentangnya.

Terdapat juga orang yang mengalami masalah gusi berdarah ketika hamil, dan ianya harus di beri perhatian.

Gusi berdarah boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, dari gingivitis hinggalah kepada kesan sampingan akibat kehamilan.

Malah jika anda menukar cara anda memberus gigi juga boleh menyebabkan gusi anda berdarah, sekurang-kurangya pada kali pertama anda melakukannya.

Dibawah ni saya nak tunjukkan apa yang anda patut lakukan jika anda mengalami masalah gusi berdarah terus menerus.

1. Tukar Cara Anda Membersihkan Gigi

Menurut Medline Plus, penyebab gusi berdarah yang paling utama adalah plak gigi yang terbentuk di sepanjang garis gusi.

Jika anda tidak menyingkirkan keluar plak gigi secepat mungkin dan berkala, ia akan membentuk menjadi tartar atau dalam bahasa mudahnya; karang gigi.

Ianya adalah bahan yang boleh mengeras akibat dari plak gigi yang melekat dan akan menyebabkan gusi menjadi gatal.Jika kita terus membiarkannya, ia akan menyebabkan gusi berdarah dan seterusnya mengakibatkan penyakit gusi yang lebih teruk.

Cara terbaik untuk mengurangkan pembentukan plak  dan risiko gusi berdarah adalah dengan meningkatkan rutin penjagaan mulut anda.

Kita sudah tahu memberus gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida adalah cara terbaik untuk mengelakkan pembentukan plak gigi. Begitu juga menggunakan flos untuk membersihkan sisa makanan di celah-celah gigi kita.

Dan sememangnya berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan, bukan hanya ketika masalah muncul adalah digalakkan untuk mengelakkan masalah yang lebih besar akan muncul.

2. Periksa Alat Membersihkan Gigi Anda

Jika anda memberus dan flos gigi dengan kerap serta membuat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan, alat-alat penjagaan kebersihan mulut anda mungkin penyebab gusi anda berdarah! Walaupun berus gigi yang mempunyai bulu yang separa keras atau keras mampu mencuci gusi dan gigi anda dengan lebih baik, namun bulu yang lebih keras biasanya akan menyebabkan kegatalan pada gusi - dimana ia adalah sebab utama gusi berdarah tiba-tiba.

Laman web  American Dental Association (ADA) Mouth Healthy  menyarankan kepada kita supaya menggunakan berus gigi yang mempunyai bulu yang lembut dimana ia mampu membersihkan gusi dan gigi anda tanpa menyebabkan gatal-gatal pada gusi.

Dalam sesetengah kes, alatan yang anda gunakan mungkin bukanlah penyebab gusi berdarah, tetapi CARA/KAEDAH anda menggunakannnya.

Jika anda tidak pernah atau berhenti menggunakan flos, saya sarankan anda gunakannya mulai sekarang.

Anda mungkin akan melihat sedikit darah pada gusi, tetapi jika anda menggunakannya secara lembut dan elakkan flos dari menekan dengan kuat gusi dan gigi anda.

3. Kekalkan Diet Yang Sihat

Apa yang anda makan serta waktu anda memakannya juga memainkan peranan dalam mengelakkan anda mengalami gusi berdarah.

Makanan yang mengandungi banyak gula  atau karbohidrat ringkas boleh meningkatkan risiko masalah gigi dan gusi anda. Gula akan mencipta persekitaran yang sesuai untuk pembentukan plak. Anda harus komited dalam pengambilan diet yang rendah gula serta tinggi nutrien yang diperlukan contohnya sayur-sayuran.

Tak perlulah anda berhenti terus dari mengambil gula dalam hidup anda ni. Anda cuma perlu memakannya secara bersederhana, dan gosoklah gigi anda selepas mengambil snek ini supaya gula yang terkandung di dalamnya tidak akan melekat pada gigi anda.

4. Periksa Ubat Anda

Ubat tertentu boleh meningkatkan kebarangkalian anda mendapat gusi berdarah. Sesetengah ubat pelega kesakitan yang anda beli di klinik atau farmasi seperti aspirin boleh mencairkan darah, seterusnya menyebabkan gusi berdarah.

Sekiranya ia berlaku, doktor mungkin akan mengubah dos ubat atau menukar terus ubatan. Selalulah berbincang dengan doktor anda jika anda fikir ubat yang diberi menyebabkan kesan sampingan, walaupun ianya kelihatan ringan dan tidak serius.

5. Berjumpalah Doktor Gigi Anda

Sekiranya anda sudah menukar rutin penjagaan mulut anda, mengubah ubatan anda, serta mengekalkan diet yang sihat masih tidak mampu menghentikan masalah gusi berdarah anda, langkah seterusnya adalah membuat temujanji dengan doktor gigi anda.

Doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda  untuk menentukan samada anda mengalami keadaan lebih serius, seperti penyakit gusi yang teruk.

Doktor gigi juga mungkin akan melakukan prosedur X-ray terhadap gigi dan gusi anda. Sekiranya rawatan diperlukan, seperti pencucian mendalam atau pembedahan gusi, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar gusi yang sememangya mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit gusi.

Dalam sesetengah kes, gusi berdarah bukanlah masalah yang besar, namun ada juga yang memerlukan rawan proffesional lanjutan. Dengan diagnosis serta penjagaan diri yang betul, masalah gusi berdarah mungkin akan menjadi sejarah dalam hidup anda!

Saranan

Saya mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gsui saya.

Jika anda betul-betul serius ingin mengelakkan gusi berdarad,saya sarankan  anda menggunakan Cacon Teeth Whitener & Mouth Detox untuk mendapat hasil dalam masa 7 hari sahaja, secara semulajadi.

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *