5 Bahan Mudah Untuk Hilangkan Sakit Akibat Gigi Berlubang

Kaviti gigi atau lebih dikenali sebagai gigi  berlubang adalah jenis sakit gigi yang biasa di alami oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Biasanya gigi berlubang ini akan menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.Ia  juga akan menyebabkan gigi kita terasa berdenyut.

Orang dulu-dulu selalu beranggapan bahawa jika gigi kita berlubang , ianya adalah disebabkan oleh ulat sedang memakan gigi. Tapi sebenarnya ianya adalah tanggapan yang salah.

Dr Willoughby Miller, seorang doktor gigi yang telah menjumpai penyebab utama mulut berbau busuk.

Menurutnya, lubang pada gigi terbentuk adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara bakteria dan gula.

Bakteria akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asid, dimana ia boleh menyebabkan hakisan pada lengkungan gigi dan seterusnya menjadikan gigi berlekuk. Sepatutnya lengkungan gigi yang baik adalah berbentuk rata serta tidak berlekuk.

Pada mulanya, lubang kecil akan terbentuk pada gigi kita, namun jika tiada rawatan segera ia akan terus membesar dan menyebabkan lapisan dentin gigi akan terdedah.

Dr Stephanie Hadiyanto dari RS Elisabeth berkata, secanggih mana pun teknologi moden untuk rawatan gigi, tempat terbaik untuk gigi hanyalah di dalam rongga mulut.

Ia bermaksud, mencabut gigi adalah perkara terakhir yang anda patut lakukan kerana apabila gigi sudah dicabut, ia tidak lagi secekap gigi yang tumbuh semula, ditukar atau ditampal.

10 Cara Merawat Gigi Berlubang agar Tidak Sakit Lagi

Rawatan gigi yang kurang baik boleh menimbulkan banyak masalah, dan salah satunya adalah gigi berlubang.

Gigi yang berlubang biasanya akan menimbulkan rasa sakit yang kurang menyenangkan, terutama sekali apabila anda sedang makan.

Gigi berlubang memerlukan rawatan tambahan.

Rawatan ini bertujuan untuk mengelakkan lubang pada gigi kita tidak akan membesar serta mengurangkan rasa sakit. Kebiasaanya ,kita akan mengunjungi klinik gigi untuk menampalnya yang pastinya akan menelan kos yang agak besar.

Jangan risau, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang mampu mengelakkkan masalah gigi berlubang ini menjadi bertambah buruk.

Cara Merawat Gigi Berlubang

Untuk anda yang cuba mengelakkan rawatan cara konvensional, ada beberapa bahan dari alam semulajadi yang boleh merawat gigi berlubang tanpa perlu di tampal. Cara rawatan ini mampu mencegah rasa sakit dan mengelakkan lubang pada gigi menjadi semakin besar. Berikut adalah tips-tips yang boleh diikuti:

1.Elakkan Makanan Bergula, Bersantan & Berasid

Elakkan dari memakan makanan yang panas atau sejuk apabila gigi anda berlubang.

Ini adalah kerana makanan jenis ini hanya akan menambah rasa ngilu pada gigi anda.

Selain itu, makanan manis, bersantan dan berasid juga harus dihindari agar ia tidak akan lebih memburukkan lubang pada gigi anda itu.

2. Gunakan Ubat Gigi Yang Mengandungi Xylitol dan Kalsium

Anda harus segera mengggantikan ubat gigi yang biasa anda gunakan sekarang dengan ubat gigi khusus, terutama sekali apabila gigi anda berlubang.

Ubat gigi yang paling ideal untuk merawat gigi berlubang adalah yang mengandungi dua bahan iaitu; xylitol dan kalsium.

Kedua-dua bahan ini boleh membantu proses pembaikan enamel gigi untuk menutup lubang atau kerosakan lain di kawasan gigi.

Anda boleh membelinya di farmasi atau di pasaraya. Pastiakan anda membaca kandungannya untuk memastikan anda membeli ubat gigi yang betul.

3. Gunakan Berus Gigi Yang Berbulu Lembut

Anda disarankan untuk menggunakan berus gigi yang berbulu lembut, yang selalu disarankan oleh doktor gigi kepada orang yang mempunyai gigi sensitif.

Berus gigi yang berbulu kasar boleh menyebabkan rasa ngilu ketika bulunya menggosok di tempat yang berlubang pada gigi anda.

4.Gosok Gigi 2 kali Sehari

Lubang pada gigi anda akan membesar jika anda malas menggosok gigi!

Anda akan terasa sakit dan ngilu, namun begitu anda kena memaksa diri anda untuk menggosoknya 2 kali sehari.

Waktu yang disarankan adalah selepas sarapan pagi dan sebelum tidur di malam hari.

Gosoklah gigi secara perlahan-lahan dan merata ke bahagian celah-celah dan hujung gigi anda.

5. Ambil Makanan yang Kaya Kalsium dan Mineral

Sememangnya anda sedia maklum bahawa kalsium dan mineral adalah nutrisi penting untuk memelihara kesihatan gigi.

Kedua bahan ini berperanan aktif untuk membuat gigi lebih kuat. Malah jika anda mengalami sakit gigi, banyakkanlah mengambil makanan yang menpunyai kandungan yang tinggi untuk kedua bahan ini. Ia mampu membantu proses untuk mengembalikan gigi yang kuat seperti sebelumnya.

Diantara contoh makanan yang kaya kalsium adalah telur dan susu, manakala makanan yang bermineral tinggi adalah buah-buahan dan sayuran.

6. Berkumur dengan Air Garam

Penyebab utama timbulnya rasa ngilu pada gigi berlubang adalah bakteria. Sebagai langkah awal untuk mengatasinya, saya menyarankan anda berkumur dengan air suam yang dicampurkan garam.

Air garam ini akan berfungsi sebagai bahan anti-bakteria untuk membasmi bakteria penyebab gigi berlubang.Air garam ini boleh meringankan rasa ngilu di kawasan gigi berlubang.

Cara Merawat Gigi Berlubang yang Sakit

Terdapat beberapa cara semulajadi untuk mengatasi gigi berlubang yang sudah sakit tanpa perlu ditampal.

Beginilah cara mengatasi sakit gigi berlubang dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh diperolehi di dapur anda, antaranya;

1. Limau Kasturi / Limau Nipis

Cara ini mungkin menyebabkan anda akan terasa sedikit pedih. Namun begitu, limau kasturi/limau nipis sangat efektif untuk mengatasi sakit akibat gigi berlubang .

Caranya adalah; Perah limau kasturi/nipis untuk mendapatkan airnya. Kemudian ambil satu sudu teh perahan limau , lalu titiskan pada bahagian gigi yang sakit atau berlubang.Ulangi langkah setiap 10 minit sekali untuk meredakan rasa ngilu akibat gigi berlubang ini.

Kandungan Vitamin  di dalam limau dapat meredakan rasa sakit gigi anda.

2. Belimbing Buluh

Sesetengah orang menggunakan belimbing buluh di dalam masakan. Namun, ia juga mempunyai kegunaan lain termasuklah merawat sakit akibat gigi berlubang.

Caranya amat mudah. Anda hanya perlu mengunyah belimbing buluh secara perlahan-lahan di tempat  gigi yang berlubang itu.

Untuk mendapat hasil yang maksima, tambahkan sedikit garam yang bertujuan membunuh bakteria yang bersarang pada gigi anda.

3. Bawang Putih

Bawang putih dikatakan dapat meredakan kesakitan akibat gigi berlubang.

Caranya adalah dengan menumbuknya sehingga halus dan campurkan sedikit garam.

Letakkan pes bawang putih itu pada lubang gigi. Lakukan cara ini sehingga hilang kesakitan.

4. Bawang Merah

Bawang merah mengandungi bahan antiseptik dan antimikrob semulajadi.

Jadi tidak hairanlah jika bawang merah banyak digunakan untuk meredakan sakit gigi oleh orang dahulu kala.

Hanya dengan mengunyah bawang merah mentah selama beberapa minit, maka sakit gigi akan hilang buat seketika.

Cara lain adalah dengan menggosokkan bahagian dalam bawang merah ke atas gigi yang berlubang itu.

5. Daun Jambu Batu

Dengan hanya mengunyah daun jambu batu anda boleh menyembuhkan sakit gigi.

Untuk membasmi kuman penyebab gigi berlubang, rebus jambu batu dengan garam, kemudian berkumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari.

Saranan

Cara-cara di atas hanyalah kaedah rawatan yang bersifat sementara. Anda disarankan agar menjalani rawatan menampal gigi jika anda ingin mengatasinya secara kekal.

Sebagai pencegahan, anda juga boleh mencuba membersihakan karang gigi secara semulajadi sebelum gigi anda menjadi berlubang.

Jika anda betul-betul serius ingin menghilangkan karang gigi yang amat sukar ditanggalkan ini,Saya sarankan  anda menggunakan Cacon Teeth Whitener & Mouth Detox untuk mendapat hasil dalam masa 7 hari sahaja, secara semulajadi.

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu


36 thoughts on “5 Bahan Mudah Untuk Hilangkan Sakit Akibat Gigi Berlubang

  1. Amalan yang boleh dicuba utk mereka yang takut dengan doktor gigi. Hahah tapi kalau dah tak jalan semua amalan diatas, kena la berjumpa doktor jugak kan? Heheh

    1. Lizzy says:

      betul tu. tips ni untuk kelegaan sementara je. nak tak nak, kene jumpa doktor gigi jugak.

  2. onlajer says:

    Kalau dah sakit gigi memang lah apa kerja pun serba tak kena, Dulu ada yang kata gosok dengan kayu koka pun boleh jadi baik

    1. Lizzy says:

      owh ye ker. thanks sharing petua baru.tapi susah jugak nak cari kayu koka tu .

  3. Eyqa Hasnan says:

    Nice tips! Sebab eyqa ada masalah gigi berlubang

    1. Lizzy says:

      mungkin eyqa boleh cuba Cacon Teeth Whitener & Mouth Detox. Ia mampu singkirkan bakteria penyebab gigi berlubang , Streptococcus mutans serta boleh memutihkan gigi secara semulajadi. kala nak tau lebih lanjut, baca kat website http://www.caconmalaysia.com

  4. Huda says:

    terima kasih kongsi tips ni, bagus sangat sebab gigi memang tengah sakit ni

    1. Lizzy says:

      kena cepat2 buat tu.

  5. zaza iman says:

    tip yang memang membantu hilangkan rasa sakit gigi….biasa zaza kumur air garam je

    1. Lizzy says:

      berkesan tak kumur dengan air garam, sebab tak pernah cuba. Biasanya saya berkumur pakai Cacon jer.

  6. nazliana says:

    wahh byk tip utk hilangkan sakit gigi rupanya..bahan-bahan semua ada di sekeliling ja..tq ya dengan perkongsian ni

    1. Lizzy says:

      terima kasih sudi baca artikel ni. Harap berkunjung lagi.

  7. Norfanil says:

    Dah hampir sebulan gigi berlubang. semin tampal dah hilang. nice tips ni.. boleh amalkan
    tq kongsi

    1. Lizzy says:

      petua ni sebenarnya untuk kelegaan sementara. penjagaan gigi yang betul adalah satu-satunya kaedah kalau kita nak elakkan gigi kita berlubang

  8. Zharif Azis says:

    Alhamdulillah gigi tiada yg berlubang. Seriau tgok org sakit gigi. Sampai xleh nk tido xleh nk duduk

    1. Lizzy says:

      alhamdulillah. mungkin tuan boleh cuba Cacon Teeth Whitener & Mouth Detox.

  9. Nadia Johari says:

    kalau dah berlubang memnag kadang sakit..nasib jumpa entry ni

    1. Lizzy says:

      ye, bila berlubang, dentin kita akan terdedah dan menyebabkan rasa sakit.

  10. Lia Hasty says:

    Tak sangka bawang merah dan bawang putih dapat melegakan sakit gigi berlubang. Kalau sakit gigi je selalu terus gi dentist je. heheh anyway tips dan info yang sangat berguna!

    http://www.liahasty.com

    1. Lizzy says:

      bawang ni mengandungi bahan anti mikrob di dalamnya. sebab tu bakteria penyebab gigi berlubang Streptococcus mutans akan tersingkir bila kita ubatinya dengan bawang.

  11. Ruby says:

    Bila cerita pasal gigi berlobang. Terus pi tengok gigi kat cermin. Sebab lately sakit gigi bila makan benda manis. Makan sugus anak hari tu tetiba mencucuk2 ngilu sakit. Hahaha. Good tips. Nanti cuba.

    1. Lizzy says:

      ye, sugus sememangnya ada banyak gula. gula ni memamng kesukaan bakteria yang terdapat dalam mulut kita 😂

  12. Fadzi Razak says:

    Pernah dengar pasal bawang putih tu tapi tak pernah cuba., Biasanya kalau sakit gigi, memang kumur dengan air garam je

    1. Lizzy says:

      Owh, sememangnya kita kena cuba cara ni. tapi mungkin ada yang sesuai, mungkin juga ada yang tak serasi dengan kita. Anyway thanks sebab sudi baca artikel ni.

  13. Teruk juga tengok orang yang kena sakit gigi berlubang ni. Lagi2 budak2. Sekarang memang pantau sangat gigi anak2. Alhamdulillah bebas kaviti

    1. Lizzy says:

      setuju, kena amalkan dari kecil lagi. tahniah puan sebab anak2 puan bebas dari kaviti

  14. Oh~ belajar tips baru hari ni.. bawang putih tu baru untuk i, tak pernah dengar method ni..

    1. Lizzy says:

      kalau nak tahu, bawanhg ni mengandungi bahan anti bakteria. gigi kita jadi berlubang dan sakit ni disebabkan bakteria, so fungsi bawang ni adalah menghapuskan bakteria penyebab kaviti dan nafas berbau.

  15. okay baru tahu pasal hilangkan sakit gigi ni. at least bila terkena nanti boleh rujuk sini hehe

    1. Lizzy says:

      terima kasih. mungkin puan boleh amalkan bersihkan gigi dengan Cacon.nak thau lebi lanjut, boleh ke http://www.caconmalaysia.com

  16. Mek Onie says:

    Hi Lizzy! Thank you for sharing this! Yes, i am one of the selalu sakit gigi dan mek onie dan klinik gigi berpisah tiada, hihi… Bagi sesiapa yang mempunyai gigi yang masih cantik lagi silalah jaga elok-elok dan jangan lupa berus gigi. Baru-baru ni, onie baru je lepas buat rawatan akar gigi. Part berus gigi tu onie suka berus gigi brand Systema ! Serius best pakai dan mempunyai bulu berus yang halus.

    1. Lizzy says:

      mungkin mek onie boleh try Cacon sebagai amalan harian. sebab ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi tau.

  17. penyakit paling sakit dalam dunia, sakit gigi ni boleh buat emosi sangat terganggu semua kerja terjejas! terima kasih kongsikan tips ini. next time kalau sakit boleh cuba.

    1. Lizzy says:

      semua kerja memang tak boleh buat kalau dah sakit gigi ni. saya sarankan puan amalkan membersihkan gigi menggunakan acon setiap hari. kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke http://www.caconmalaysia.com

  18. Alia says:

    Ngilu sangat kalau gigi sakit kan..
    So d best way kena la take care gigi tu
    Btw prevention is better than cure gitu

    1. Lizzy says:

      betul tu, prevention is better than cure. Gigi sebenarnya sangat penting dan menjadi anggota badan pertama yang orang perasan pasal kita. anyway thanks sebab sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *