3 Sebab Kenapa Gigi Anda Boleh Menjadi Nipis dan Beginilah Cara untuk Mengelakkannya.

Ms Lizzy
Blogger, Serial Entrepreneur

Pernah terfikir tak mengapa gigi anda sensitif (ngilu), kelihatan pendek dan tidak menarik?

Kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah kehausan gigi yang tidak normal (abnormal).

Apakah sebenarnya kehausan gigi? Teruskan membaca untuk ketahuinya dengan lebih lanjut.

Tanda-Tanda Gigi Menipis/Haus

Apabila enamel pada gigi sedang menipis/haus, beberapa perkara mungkin akan berlaku kepada anda:

  • Warna gigi anda mungkin akan menjadi luntur disebabkan oleh enamel yang telah haus dan terdedah.
  • Bahagian tepi pada gigi hadapan akan kelihatan lutsinar (transparent).
  • Gigi menjadi sensitif pada permukaan di kedua-dua bahagian dalam dan luar gigi. Ini adalah disebabkan lapisan dentin, yang biasanya dilindungi oleh lapisan enamel , telah terdedah kepada persekitaran mulut.

Kenapa Enamel Gigi Boleh Menjadi Haus/Nipis?

Enamel adalah lapisan keras yang paling luar di permukaan gigi.

Walaupun ianya adalah lebih keras berbanding dengan anggota lain dalam tubuh kita, ia boleh menjadi haus dan akan mendedahkan lapisan dentin dibawahnya, dimana ia boleh  gigi menjadi sensitif. 

Punca-punca gigi boleh menjadi haus;

Mengasah Gigi

Adakah anda mengasah gigi, samada semasa tidur atau pun di siang hari? Jika ya, anda boleh menyebabkan enamel gigi menjadi haus, di mana lama-kelamaan ia boleh menyebabkan lapisan dentin terdedah. 

Memberus Gigi

Jika anda memberus gigi dengan kerap atau terlalu kasar, lama kelamaan ia boleh menyebabkan enamel gigi menjadi cepat haus dan gusi recede boleh berlaku.

Untuk mencegah, tanya dengan doktor gigi atau pakar tentang teknik memberus gigi yang terbaik serta amalan kebersihan mulut untuk anda, dan cubalah gunakan berus gigi yang berbulu lembut.

Kakisan Asid

Lama- kelamaan, makanan dan minuman berasid boleh menyebabkan enamel gigi menjadi haus  - ia dikenali sebagai kakisan asid.

Makanan dan minuman berasid termasuklah buah & jus, air berkarbonat, kopi atau teh, wain atau apa sahaja yang mempunyai rasa yang tajam seperti sos atau dressing salad.

Di dalam dunia moden hari ini,anda harus menempuh paling kurang 4 makanan berasid dalam satu hari yang boleh meletakkan enamel gigi anda dalam risiko untuk mengalami kakisan asid.

Jika anda rasa enamel gigi anda berada dalam risiko untuk mengalami nipis akibat kakisan asid, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor gigi.

Dapatkan nasihat tentang teknik memberus gigi  yang terbaik serta amalan kebersihan mulut untuk anda.

Anda juga boleh bertanyakan nasihat diet untuk mengelakkan masalah ini.

Saya mengamalkan penjagaan gigi dan mulut saya secara semulajadi menggunakan Cacon

Tip: Doktor gigi boleh mengesan tanda-tanda awal gigi haus/ menipis, jadi ianya penting untuk anda melakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Jika anda  rasa anda mungkin mempunyai risiko enamel menjadi haus,cepat-cepatlah berjumpa doktor gigi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *