Ianya penting untuk anda menjaga kesihatan gigi dan gusi semasa hamil.

Kehamilan menyebabkan perubahan hormon yang akan meningkatkan risiko penyakit gusi.Seterusnya ia akan memberi kesan kepada kesihatan janin yang sedang mengalami tumbesaran di dalam kandungan.

Berikut adalah tips-tips yang boleh membantu mengekalkan kesihatan mulut anda sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Sebelum Hamil

Cuba aturkan temujanji dengan doktor gigi sebelum hamil. Dengan cara ini, gigi anda akan dibersihkan secara profesional, tisu gusi akan diperiksa dengan teliti dan sebarang masalah yang berkaitan kesihatan mulut akan dirawat terlebih dahulu sebelum anda hamil.

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

Beritahu doktor gigi (serta doktor perubatan) sekiranya anda hamil. Rutin penjagaan mulut boleh dilakukan bila-bila masa ketika hamil.Sebarang prosedur kecemasan juga boleh dilakukan.

Walaubagaimanapun, sebarang prosedur pergigian yang tidak wajib, harus ditangguhkan sehingga anda melahirkan anak.

Sebelum anda membuat temujanji dengan doktor ggi, periksa dengan pakar anda untuk mengetahui sekiranya terdapat langkah berjaga-jaga/ arahan yang perlu anda ikuti.

Maklumkan nama doktor gigi anda dan dos semua ubat yang anda ambil - termasuklah rawatan atau vitamin pra-hamil yang dipreskripsikan oleh doktor anda - begitu juga sebarang nasihat perubatan yang spesifik yang diberikan oleh doktor anda.

Doktor gigi anda mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengubah plan rawatan pergigian supaya ianya bersesuaian dengan anda.

Prosedur X-ray pergigian boleh dilakukan semasa hamil. Doktor gigi anda akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan anda dan janin anda, seperti pemerisaian di bahagian perut dan tiroid (leher).

Kemajuan teknologi telah membuat X-ray adalah lebih selamat hari ini dibandingkan dengan masa dulu.

Jangan ponteng temujanji pemeriksaan gigi anda hanya kerna anda hamil.

Semasa kehamilan, pemeriksaan gusi yang kerap adalah sangat penting, kerana kehamilan menyebabkan perubahan hormon berlaku dan meletakkan anda di dalam risiko yang agak tinggi untuk mendapat penyakit gusi. Gusi boleh berdarah dengan mudah - satu keadaan yang dipanggil Gingitivitis Kehamilan ( pregnancy gingitivitis). Ambil perhatian terhadap perubahan ke atas gusi anda semasa mengandung. Jika gusi menjadi lembut, berdarah atau bengkak semasa mengandung, beritahu doktor gigi atau pakar secepat mungkin.

Ikutilah amalan kebersihan mulut yang baik untuk mencegah dan mengurangkan masalah-masalah kesihatan mulut.

Mengatasi "Morning Sickness"

Jika morning sickness menghalang anda dari memberus gigi, tukar ubat gigi yang tidak berperisa. Tanya doktor gigi jenama yang paling sesuai untuk anda.

Bilas mulut dengan air atau ubat kumur mulut jika anda menderita akibat morning sickness dan mengalami loya-loya yang kerap.

Saya cadangkan anda berkumur dengan Cacon Organic Mouthwash yang diperbuat daripada 100% bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi langsung bahan kimia tambahan. Ianya adalah ekstrak minyak Peppermint & Spearmint yang di infuse di dalam minyak kelapa dara bergred tinggi.

Anda tidak lagi perlu bimbang kesan sampingan dan berasa lebih yakin sepanjang hari tanpa risaukan mulut berbau.Di samping itu ia juga akan menyihatkan gusi anda dan boleh memutihkan gigi.

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu.