Bahayakah Pemutihan Gigi Menggunakan Bahan Kimia?

Semua orang sukakan gigi yang putih berseri dan saya pasti anda juga sukakan gigi putih.

Namun, gigi kita akan berubah warnanya disebabkan pengaruh usia, penyakit genetik (seperti Amelogenesis/dentinogenesis imperfecta), permukaan dentin yang terdedah akibat gigi haus, kesan merokok dan pemakanan kita. Warna gigi akan menjadi kuning dan kusam.

Berbagai-bagai kaedah dibuat untuk mengembalikan warna gigi menjadi putih. Penggunaan ubat gigi, penggilapan, rawatan korona, veneer dan yang paling popular adalah "bleaching".

"Bleaching" atau pemutihan gigi adalah rawatan yang di akui kejayaannya.

Mengikut laporan, pemutihan intrakorona gigi 'non-vital' boleh mencapai 90% kejayaan.

Ada dua jenis pemutihan gigi iaitu ‘vital bleaching’ dan ‘non-vital bleaching’.

Vital Bleaching (VB)

Proses pemutihan akan dilakukan pada permukaan luar gigi dengan menggunakan ceper (mold).Ia boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau di klinik.

Ceper yang berisi bahan pemutih akan diletakkan kedalam mulut pesakit dan dibiarkan untuk jangka masa tertentu. Kesan pemutihan boleh dilihat dengan cepat selepas rawatan.

Non vital bleaching (NVB)

Proses pemutihan dilakukan di dalam  gigi yang telah dilakukan rawatan akar. Putik kapas yang mengandungi bahan pemutih  diletakkan ke dalam gigi diikuti dengan  tampalan sementara. Temujanji  susulan akan dilakukan untuk melihat kesan kepada gigi tersebut.

Proses ini akan diulang beberapa kali untuk mendapat hasil yang memuaskan pesakit.

Contoh kes 1 (gigi 21) & 2 (gigi 11) non-vital bleaching pada gigi yang telah di rawat akar.

Proses pemutihan gigi jenis ini menggunakan bahan aktif hydrogen peroxide sebagai bahan utamanya.

Ia adalah agen pengoksida yang kuat, menghasilkan radikal-radikal bebas dan boleh bertindak melarutkan warna / kromogen  pada permukaan gigi.

Kadang-kadang, kira-kira 10 % Carbamide peroxide juga  digunakan untuk proses pemutihan gigi.

Keputusan daripada proses ini bergantung kepada kepekatan bahan aktif  yang digunakan, kemampuan bahan aktif itu menembusi gigi, dan masa dan berapa kali proses itu diulang.

Adakalanya, pegawai pergigian menggunakan proses pemanasan (thermo-catalytic procedure) untuk mempercepatkan tindak balas bahan aktif tersebut.

Proses ini tidak digalakkan kerana kesan sampingan seperti ‘cervical root resorption’ dan gigi menjadi sensitif akan terjadi.

Banyak kajian saintifik telah melaporkan komplikasi-komplikasi ini.

Tidak semua orang  boleh menggunakan kaedah rawatan ini.

Kaedah ini biasanya dilakukan pada pesakit yang mempunyai:

  1. Fluorosis (kesan sampingan terlalu banyak fluorida)
  2. Staining’ disebabkan merokok, faktor pemakanan/minuman (teh, kopi)
  3. Gigi yang bertukar warna setelah rawatan akar
  4. Tetracycline staining’ (gigi bertukar warna setelah mengambil antibiotik tetracycline)

Kaedah rawatan ini perlu mendapat nasihat daripada pegawai yang bertauliah kerana jika dilakukan dengan tidak betul kesan sampingan boleh terjadi. Antaranya:

  1. Gigi akan menjadi nipis dan sensitif
  2. Resorbsi pada akar gigi
  3. Iritasi/kegatalan pada mukosa / tisu lembut

Ia boleh terjadi jika kebocoran bahan pemutih (hydrogen peroxide) pada permukaan tisu lembut akibat daripada ceper yang digunakan tidak sesuai dengan mulut pesakit

  1. Kesan pada permukaan gigi
    Bagi pegawai pergigian sekiranya mereka ingin membuat tampalan sama warna dengan gigi, mereka biasanya melewatkan prosedur itu kerana radikal bebas dari bahan aktif itu akan merencat / melambatkan  proses ‘polymerisation’ tampalan sewarna itu. Tampalan sewarna boleh dilakukan selepas seminggu atau lebih agar pemulihan akan lebih tahan lama.
  2. Kesan terhadap pemulihan yang ada seperti  meningkatkan pengeluaran merkuri dari tampalan amalgam, melarutkan tampalan GIC.

Biasanya,kesan sampingan akan diterangkan kepada pesakit  terlebih dahulu agar mereka faham.

Sebelum melakukan prosedur ini, pegawai pergigian akan memberitahu berkaitan proses pemutihan dijalankan, apakah prognosis pada gigi, serta rawatan alternatif yang boleh dilakukan.

Selain daripada itu pegawai juga perlulah mendapatkan kebenaran rawatan dari pesakit.

Kesimpulannya, pemutihan gigi  hanya boleh dilakukan untuk keadaan tertentu sahaja. Jangan jadikan ia satu amalan harian kerana ia tidak sihat untuk kesihatan gigi.

Penjualan ubat pemutihan gigi di kaunter- kaunter farmasi seharusnya mendapat preskripsi daripada pegawai pergigian sebelum diberikan kepada pengguna.

Konsentrasi kandungan bahan aktif yang berbeza di dalam ubat-ubat tersebut  akan memberi kesan sampingan yang lebih buruk kepada pengguna.

Anda pastinya tidak mahu memakai gigi palsu di usia muda. Oleh itu elakkan dari membeli bahan pemutih gigi yang mengandungi bahan kimia hydrogen peroxide yang banyak dijual di dalam media sosial seperti Facebook atau Instagram .

Terdapat bahansemulajadi yang berkesan untuk memutihkan gigi dan ianya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Saya selalu menggunakan Cacon Organic Teeth Whitener  dan Organic Mouthwash untuk membersihkan gigi dan seterusnya menjadikan gigi saya putih berseri. 

Ia juga mampu menghapuskan masalah nafas berbau (halitosis) sepanjang hari.

Ia diperbuat daripada Activated Charcoal yang dihasilkan dalam persekitaran terkawal. Manakala Organic Mouthwash pula diperbuat dari minyak kelapa dara yang dicampur dengan ekstrak spearmint & peppermint.

Saya sarankan anda menggunakannya untuk mendapat gigi yang putih berseri serta nafas yang tidak berbau tanpa perlu risaukan kesan sampingan.

Sekiranya anda rasakan post saya ni berguna,  boleh tak anda sharekan dengan rakan anda. Hanya klik butang "Share" di atas tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *