6 Petua Mekap Yang Buatkan Gigi Anda Kelihatan Putih di Aidilfitri

Aidilfitri-Bunga Api

6 Petua Mekap Yang Boleh Membuatkan Gigi Anda Kelihatan Putih

Bagaimana Warna Mekap Anda Boleh Mencipta Ilusi Optik Untuk Anda Mendapatkan Senyuman Yang Berseri.

 

Anda pastinya tidak sabar menanti Aidilfitri yang bakal menjelma tiba, betul tak?

Sudah tentu anda telah menyiapkan segala persiapan Aidilfitri ini untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Saya sendiri pun telah membeli keperluan Aidilfitri sebelum Ramadhan bermula lagi 🙂

Sebenarnya, selain dari pakaian baru dan cantik di hari raya,ada satu lagi benda yang orang selalunya akan tengok pada diri anda. Nak tahu tak apakah ia.Mari saya tunjukan satu fakta.

Kajian daripada American Academy of Cosmetic Dentistry mendapati bahawa "71% perempuan dan 58% lelaki bersetuju bahawa gigi adalah benda pertama yang mereka perasan di dalam pasangan atau orang yang mereka jumpa".

Nampak tak selain dari baju kasut raya, ada lagi benda yang orang akan perhati pada diri kita

Gunakan teknik-teknik yang mudah ini untuk mendapat gigi putih berseri dan berikan senyuman yang sempurna di Aidilfitri.

1. Gunakan Gincu Yang Bertona Plum

Gincu bertona Oren di bibir anda akan memberi pantulan kekuningan kepda gigi anda.

Cassie Lomas,seorang jurusolek artis terkenal berkata, tona biru boleh membuatkan senyuman anda lebih berseri.

Pilih gincu yang bertona biru buah beri – seperti bold, true red ataupun punchy plum – yang boleh mengurangkan unsur-unsur warna kuning dan akan menampakkan gigi anda putih seperti mutiara.

2. Gunakan Mekap Warna Gangsa Berkilat (Bronze Glow)

Mekap anda yang berwarna gangsa boleh menjadi punca kegagalan atau ia juga boleh menjadi penyelamat anda untuk mendapat gigi yang kelihatan berseri.

Sekiranya anda memilih warna oren, gigi akan nampak sama dengan kulit anda, sementara warna gangsa bertona taupe (perang coklat) yang lembut boleh meningkatkan lagi seri gigi anda.

3. Mata Adalah Pelengkap Untuk Gigi Putih Berseri

Satu fakta yang agak mengejutkan, mekap di sekitar mata juga boleh menambahkan seri pada gigi anda.

Sekiranya anda menggunakan warna bertona lembut ianya boleh mengurangkan sebarang tona kuning.

Pembayang mata yang berwarna ungu, biru dan perak boleh membuatkan senyuman anda lebih berseri, begitu juga hijau dan turquoise dikelopak mata juga berkesan dan boleh digunakan.

4.Bentukkan Kontur Bibir Anda

Menonjolkan bentuk mulut juga boleh membuatkan bibir anda kelihatan lebih penuh dan digabungkan dengan gincu bertona beri, ia akan membuatkan gigi anda kelihatan lebih berkilat.

Gunakan penutup cela (concealer) atau pensel penyerlah (highlighter) untuk menyerlahkan kesan di sekitar pinggir garis bibir anda, serta letakkan sedikit penekanan pada lengkungan di cupid’s bow

5.Pastikan Muncung Bibir Anda Bebas Dari Pengelupasan

Tak kira bagaimana putih sekali pun gigi anda, bibir yang kering dan mengerekah boleh membunuh mood.

Jadi pastikan bibir anda bebas dari kelupas dan sentiasa lembap.

Saya selalu mengamalkan membersihkan gigi dengan Cacon Adsorptive Carbon diikuti dengan Cacon Organic Oil Pulling.

Biasanya saya akan membilas berus gigi anda dengan air suam dan gunakan ia untuk mengurut bibir dengan lembut. Diikuti dengan lapisan pelembap bibir, dan biarkannya selama satu malam untuk mendapat muncung yang lembut bila pagi menjelma.

6.Elakkan Pengilat Bibir Bertona Emas

Seperti gincu yang bertona lembut yang boleh menolong anda meningkatkan kadar seri gigi anda,bintik-bintik kilau pada pengilat bibir anda juga mengikut peraturan yang sama.

Elakkan mana-mana pengilat bibir yang berunsurkan warna emas atau kilatan bertona gangsa, pilihlah kilauan perak sebagai ganti yang menawarkan senyuman yang berkilau!

 

Orang tersayang serta tetamu yang hadir pastinya akan kagum dengan gigi anda yang putih berseri di Aidilfitri nanti. 

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *