7 Petua Terbaik Merawat Ulser Mulut

Pernah tak anda mengalami sakit yang disebabkan oleh ulser yang terjadi di dalam mulut anda?

Walaupun ia bukanlah sakit yang kuat namun tetap ia memberi rasa kurang selesa kepada kita, betul tak? Saya sendiri banyak kali mengalami sakit ulser mulut ini.

 

Penyebabnya?

Lecuh ini masih menjadi satu misteri mengapa ia terjadi kepada kebanyakan orang, tetapi selalunya puncanya dikaitkan dengan  keadaan-keadan di bawah ini;

  1. tekanan (stress),
  2.  kecederaan ringan  kepada tisu lembut didalam mulut,
  3. gigi palsu yang tidak dipakai dengan sempurna,pendakap gigi (braces) juga boleh menyumbang,
  4. begitu juga jika kita memakan makanan berasid tinggi seperti oren, strawberi dan tomato 
  5. kekurangan nutrisi tertentu.
  6. Mulut kering. Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini, kebarangkalian untuk kita terkena ulser mulut agak tinggi kerana keadaan mulut kita yang kering akan meningkatkan risiko.

Simptom-Simptom Ulser.

Ia biasanya terjadi di dalam mulut, daripada bahagian dalam bibir sehingga sebelah dalam pipi, atau di atas lidah malah ia juga boleh terjadi di lelangit atas atau bumbung mulut.

Ulser adalah bahagian sakit yang jika disentuh secara lembut pun akan terasa sakitnya.

Jangan bimbang, ia selalunya tidak akan berjangkit.

Ulser memerlukan kita merawatnya secara berterusan dan ianya kadangkala mengambil masa selama1-2 minggu. Jika ia menjadi serius, saya nasihatkan anda berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan. Takut-takut makin melarat pula.

 

Penawar Cara Lama

  1. Gunakan Ais

Satu cara yang biasa digunakan untuk mengurangkan kesakitan ulser di dalam  mulut ialah dengan meletakan ais. Bungkuskan ais kiub di dalam kertas tisu dan letakkannnya ke atas tempat yang sakiy. Jangan sesekali meletakkan ais terus ke atas kukit. Cara ini hanya boleh memberi kelegaan semenyara sahaja, tapi sekurang-kurangnya kita akan merasa lega kerana ia dapat mengurangkan kesakitan.

  1. Uncang Teh

Rawatan lain adalah dengan meletakkan uncang teh yang dibasahkan ke kawasan yang terkena ulser. Teh hitam mengandungi tannin, yang mempunyai ciri-ciri pelega kesaktan yang agak hebat.

  1. Oil Pulling

Cara ini saya temui secara tidak sengaja. Menjadi kebiasaan setiap pagi saya akan berkumur dengan menggunakan minyak kelapa untuk membersihkan gigi serta menghilangkan bau mulut. Sesetengah orang memanggilnya "Oil Pulling" .

Jenama kegemaran saya adalah Cacon kerana ianya tidak terlalu berminyak serta mempunyai rasa pudina yang agak menyegarkan.

Apa yang saya ketahui, sejak saya berkumur dengan Cacon, mulut saya sentiasa lembap sepanjang hari (dan apa yang kita ketahui, salah satu punca ulser adalah mulut kering)

  1. Berkumur dengan air garam

Anda boleh membancuh segelas yang yang ditambah sesudu makan garam. Pastikan garam dilarutkan. Namun ia agak menyakitkan,sebab itu saya tidak menggemari cara ini.

Apa pun anda boleh mencubanya di rumah untuk menghilangkan ulser.

  1. Menyapu Madu

Ambil sedikit madu dan sapukan terus ke atas ulser kerna ia mampu mengecutkannya.

Cara ini agak sesuai digunakan kepada kanak-kanak kerana ia kurang menyakitkan.

 

  1. Minum Air Kelapa

Ulser kerap terjadi bila suhu badan agak tinggi contohya ketika musim panas, demam panas atau haid.

Anda boleh meminum air kelapa untuk menurunkan suhu badan anda.

 

Walaupun saya tidaklah mencuba kesemua cara rawatan yang disebutkan di atas, namun saya perolehinya melalui pengalaman kawan-kawan baik saya.

Seperti yang saya tuliskan, cara yang paling saya gemari adlaha berkumur dengan minyak kelapa. Namun bau minyak kelapa yang kurang menyenangakan menyebabkan saya memilih Cacon sebagai kegemaran saya kerana ia mempunyai rasa pudina yang lembut.

Disamping itu, saya juga boleh mendapat gigi yang bersih serta nafas yang segar!

 

Boleh tak anda kongsikan dengan saya bagaimana anda merawat ulser. Bukankah "Sharing is Caring" 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *