Cara Nak Tahu Berapa Putih Gigi Anda

Uncategorized 0 comments

Sebenarnya tidak ada satu sistem piawaian pun di dalam bidang pergigian yang boleh mengukur dan menentukan warna gigi kita.Malah tiada pun jawapan yang tepat yang boleh menjawab sehingga peringkat mana gigi anda boleh menjadi putih - setiap individu adalah unik.

Satu daripada teknik/panduan yang biasa digunakan adalah dengan membahagikan warna gigi kepada 4 julat warna asas (rujuk carta):
A ( coklat kemerah-merahan)
B (kuning kemerahan)
C (perang)
D (perang kemerahan)


Didalam setiap julat terdapat peringkat-peringkat kegelapan yang berbeza seperti yang diberikan didalam carta adalah cukup mendalam untuk kita mengetahui warna gigi kita hanya berdasarkan panduan ini.

Untuk menggunakan panduan ini, hanya padankan warna gigi anda sekarang berdasarkan warna didalam carta ini. Ini akan memberikan anda titik mula bagi anda menentukan seberapa putih mana yang anda boleh sasarkan.

Berapa putih yang sepatutnya gigi anda boleh capai? Ianya bergantung.

Tiada satu pun cara yang betul untuk memutihkan gigi anda.Sesetengah orang mahukan perubahan yang cepat dan dramatik, dan ada yang lebih suka pemutihan yang perlahan dan semulajadi seperti yang boleh diberikan oleh ubat gigi atau gel pemutih. Hasil akhir adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti warna semulajadi gigi anda, berapa degil kotoran yang melekat di gigi anda serta rawatan yang anda pilih. Harus diingat bahawa:

1. Perubahan dua atau tiga corak warna boleh memberikan perbezaan yang ketara

2. Pemutihan gigi kadangkala boleh mengubah warna gigi sebanyak sembilan atau lebih corak warna, kebanyakan orang yang memutihkan gigi mereka melihat perubahan di antara dua ke tujuh corak warna.
3. Setiap prosedur memutihkan gigi mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Sebagai contohnya, pemutihan menggunakan laser dan prosedur pelunturan mungkin boleh menghasilkan keputusan yang paling ketara, tetapi kosnya adalah lebih tinggi.Terpulanglah kepada anda. Bak kata pepatah, tepuk dada tanyalah selera!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *