Cara Nak Tahu Mulut Kita Berbau Ke Tak

Uncategorized 0 comments

Pernah tak anda rasa kurang selesa dengan bau mulut sendiri selepas makan ?

Malah ketika cuaca yang agak panas sekarang dan anda kurang meminum air, mulut anda akan menjadi kering dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan keluar dari mulut anda.

Nak tahu samada mulut anda berbau ke tak ,agak susah juga kan?

Ok, di sini saya nak dedahkan cara-cara nak tahu samada mulut anda berbau ke tak supaya anda boleh mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menghapuskan masalah mulut berbau ni.

Tanya Orang Yang Anda Percayai

Minta seseorang yang anda percaya untuk menilai bau mulut anda adalah cara yang paling mudah.

Sekiranya anda adalah seorang yang prihatin dengan bau mulut,minta seseorang yang rapat dengan anda samada pasangan, adik-beradik, ibubapa atau sahabat baik untuk memeriksa mulut anda.

Periksa samada bahagian belakang lidah anda terdapat lapisan putih, dimana ianya adalah tanda kehadiran bakteria berbau.

Anda mungkin bimbangkan ianya adalah terlalu teruk - dan anda terlalu malu untuk bertanyakan kepada kawan - anda boleh meminta doktor gigi untuk sahkannya.

Doktor gigi akan menilai nafas yang keluar dari mulut dan hidung anda dan akan menilai secara khusus punca  masalah mulut berbau anda ni. Doktor gigi juga boleh menasihatkan anda rawatan terbaik untuk menghilangkan masalah ni.

Cuba Ujian Menghidu

Kalau nak tahu dengan lebih cepat bau mulut anda, ada cara lain iaitu uji dengan menghidunya.

Caranya adalah dengan menjilat belakang tapak tangan anda, biarkannya kering seketika, kemudian hidu bau di tempat tadi. Anda juga boleh flos diantara gigi anda ke bahagian belakang mulut dan hidu bau flos itu.

Atau anda juga boleh mengikis dengan lembut lidah anda dengan menggunakan pengikis lidah, kemudian hidu baunya.

"Rasa" bau mulut anda

Terdapat beberapa contoh yang menunjukan anda sebenarnya boleh "merasa" bau mulut anda!

Di dalam situasi ini, masalah selalunya disebabkan oleh makanan yang diambil seperti bawang putih atau ikan tuna. Ianya juga boleh disebabkan oleh mulut kering atau dehidrasi - tanda-tandanya adalah air liur anda agak pekat dan berbuih malah rasanya agak berlainan.

Sekiranya anda rasa seperti basi atau rasa loya di dalam mulut anda, ianya menunjukan bau yang sama kepada nafas anda.

Cara cepat untuk menghilangkannya adalah dengan membilas mulut anda dengan air, dimana ia akan membilas keluar sisa makanan dan seterusnya merangsang pengeluaran air liur.

Halitosis atau masalah mulut berbau ini adalah satu masalah yang amat memalukan, namun ianya bukanlah sesuatu yang harus anda pinggirkan.

Mengetahui tahap bau nafas anda dan puncanya  adalah langkah pertama untuk anda memulakan "action plan" untuk mengatasinya dan meningkatkan gaya hidup anda dengan penuh yakin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *