Cara Semulajadi dan Organik Menghapuskan Nafas Berbau.

Uncategorized 2 comments

Amalan oil-pulling telah menjadi semakin popular dan Cacon™ membawa kepada anda 100% bahan-bahan semulajadi untuk mengamalkan amalan Oil-pulling secara organik. Oil-pulling menggunakan minyak kelapa adalah salah satu cara terbaik menyingkirkan bakteria penyebab nafas berbau dan merangsang gigi dan gusi yang sihat!

Digunakan secara meluas di dalam perubatan Ayurvedic, Oil-pulling adalah prosedur menyahtoksin mulut anda yang menakjubkan dengan hanya berkumur di dalam mulut anda selama 10-20 minit menggunakan satu sudu makan minyak ( kebiasaannya minyak kelapa, zaitun atau bijan).

Oil-pulling bekerja dengan cara membersihkan (menyahtoksin) kaviti mulut sama seperti sabun membersihkan kotoran di pinggan makan anda. Ia akan menyedut keluar kotoran (toksin) dari mulut anda dan akan meninggalkan persekitaran didalam mulut yang bersih dan antiseptic yang akan memberikan aliran lancar kepada cecair didalam mulut yang diperlukan untuk mencegah kaviti dan penyakit.

Cacon™ Organic Oil Pulling mengandungi kebaikan asid laurik, yang terkenal sebagai agen anti-mikrob membuatkannya lebih cekap untuk mencegah halitosis (nafas berbau). Kajian terkini menjumpai bahawa cocos nuciferas, bahan utama kami juga boleh membantu mencegah gigi reput.Ianya adalah di waktu pagi. Mulakan dengan 5 minit sehari.Berkumur 20 minit adalah agak lama, tetapi lebih lama anda berkumur, lebih banyak bakteria anda akan singkirkan. Namun 5 atau 10 minit akan tetap memberikan manfaat yang sama kepada anda.

"Berkumur 20 minit adalah agak lama, tetapi lebih lama anda berkumur, lebih banyak bakteria anda akan singkirkan."

Kami menyarankan agar anda melakukan oil-pulling 3-4 kali seminggu dengan Cacon™ Organic Oil Pulling kerana ianya juga mengandungi ekstrak pudina (spearmint) yang boleh membunuh bakteria penghasil sulfur,penyebab nafas berbau.

Manfaat

Mengubati gigi reput

Menghapuskan nafas berbau

Menyembuhkan gusi berdarah

Memutihkan gigi

Mencegah kaviti gigi

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *